HostPlatform blog Nak Makan Apa Hari Ni?

Nak Makan Apa Hari Ni?

3 Resipi Mudah Untuk Tetamu

Menginap di penginapan jangka pendek memang menyeronokkan, tapi kadang-kadang kita tertanya-tanya:

“Nak makan apa hari ni?”

Untuk memudahkan anda, kami kongsikan 3 resipi mudah dan cepat yang sesuai untuk tetamu penginapan jangka pendek. Dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas (boleh didapati di kedai runcit berhampiran), dan mengikuti langkah-langkah mudah dibawah, kami pasti perut anda akan berterima kasih kepada anda.

  1. Spageti Aglio Olio

Bahan-bahan:

    • 100g spageti
    • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
    • 2 sudu besar minyak zaitun / minyak masak
    • 1 sudu teh serbuk cili (jika perlu)
    • Garam dan lada hitam secukup rasa
    • Daun parsli atau herba pilihan (jika perlu)

Cara-cara:

  1. Rebus spageti dalam air mendidih dengan sedikit garam sehingga masak dan tos air.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga kekuningan.
  3. Masukkan serbuk cili jika suka pedas.
  4. Masukkan spageti, gaul rata dengan minyak dan bawang putih.
  5. Tabur garam, lada hitam dan daun herba. Gaul sebati.
  6. Hidang panas.

Tip: Tambah kepingan keju parmesan atau potongan ayam/udang untuk lebih sedap.

  1. Telur Kukus Cendawan & Sayur

Bahan-bahan:

    • 2 biji telur
    • 3-4 keping cendawan butang (hiris nipis)
    • 1/4 cawan sayur campur (lobak merah, jagung, kacang pis)
    • Garam dan lada sulah secukup rasa
    • Sedikit minyak bijan (jika perlu)

Cara-cara:

  1. Pukul telur dalam mangkuk, tambahkan garam dan lada sulah.
  2. Masukkan cendawan dan sayur, gaul dengan rata.
  3. Tuang campuran telur ke dalam bekas tahan panas.
  4. Kukus selama 10-12 minit sehingga telur masak sepenuhnya.
  5. Titiskan sedikit minyak bijan di atas sebelum hidang.

Tip: Boleh tambah hirisan daun bawang atau cili padi untuk lebih aroma.

  1. Mee Goreng Tom Yam

Bahan-bahan:

    • 1 bungkus mee kuning / mee segera (direbus dan tos)
    • 1 sudu besar pes tom yam
    • 1 ulas bawang putih (dicincang)
    • 50g udang atau ayam (jika perlu)
    • 1 sudu besar minyak masak
    • Sayur campur (lobak merah, kacang pis, sawi)
    • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan udang/ayam, masak hingga hampir masak.
  3. Tambahkan pes tom yam dan kacau sebati.
  4. Masukkan mee dan sayur campur, gaul rata.
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  6. Hidang panas dengan hirisan limau nipis jika ada.

Tip: Untuk versi ‘vegetarian’, hanya gunakan sayur campur dan tofu.

Tak perlu susah-susah bila tinggal di penginapan jangka pendek, kerana hidangan ringkas tapi sedap boleh dibuat dengan bahan mudah menggunakan bahan-bahan yang boleh didapati di kedai berhampiran.

Cuba resipi-resipi di atas, dan jadikan pengalaman menginap anda lebih selesa dan menyeronokkan bersama yang tersayang.

Dapatkan lebih banyak tip-tip yang menarik dengan menghantar borang dibawah untuk melanggan emel ‘newsletter’ dari kami.

Anda pemilik penginapan jangka pendek? HostPlatform boleh bantu anda untuk menguruskan penginapan anda dengan lebih efisyen. Ketahui lanjut dengan klik butang dibawah untuk daftar sesi demo.

[Daftar Sesi Demo](link here)

No comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *